yeaaaaaaa....esok raya..
aku dah selamat balik umah hari sabtu. kuar dari rumah di Seremban 9.30 am, sampai rumah kat Taiping beberapa minit lepas waktu bukak puase. jam punye pasal. adoilaaa...penat.
anyway..dah selamat sampai pun. sebenarnye feel nak raya tu takde la sgt pun. time zaman kecik2 dulu iye la..raya mmg la sgt menggembirakan. baju baru berpasang2..dgn kasut nye..begnye..dapat jumpe sepupu2..main lari2 keliling kampung..duit raya bertimbun2...(petang raya dah mule la kawad beramai2 pegi kedai da'am. (time tu kat kampung aku ni kedai da'am mmg top habis. mcm jusco la..) beli chewing gum, beli gula2, asam masin yg ader salut2 gula tu..air fanta grape, dan yg plg penting beli mercun dan bunga api. (mercun belum kne ban lagi time tu..aku tgh darjah 2,3 masa tu) malam2 pakat ramai2 main mercun.. ader sorg pakcik aku ni keje dier tiap2 tahun adalah pastikan supply mercun tak putus..so mainla mercun puas2 smp sesak nafas, pastu lari masuk rumah tgk tv kejap..n then sambung main balik sampaila mercun habis. biasenye mercun mmg byk sampai main 2,3 malam baru habih sumer mercun.
biler dah tua2 sikit nih raya macam dah takde makne sgt. balik kampung..pastu, ikut jela rumah mane yg mak ayah aku nak bawak raya pun. aiman tak kisaah..kalau tak kuar beraya, lepak la duduk rumah sambil borak2, sambil tgk tv sambil habihkan makanan mana2 yg patut. sekali sekala turunla dapur buat air atau basuh pinggan mangkuk. bak kata encik rambai, 'tak raya pun takpe'.
raya tahun ni aku:
1) sedih sbb Ramadhan dah nak abiss.. taktau lee apa rupa bulan pose aku kali nie..(biler pikir2 balik..ngumpat byk jugak..huhuhuu...)
2) seronok jugak la...sbb dapat pakai baju baru (walaupun mcm budak2..hehehe..tp saper yg tak seronok dapat pki baju baru,, ye tak?..)
3) sedih sbb takde kuih tat gulung tahun ni.. makcik kuih tunjuk2 tu silap ambik tempahan..waaaaa...
4) sedih jugak sbb takde rendang ayam..ummi lupa le tu. dier dah janji nak tempah rendang ayam tahun ni...huhu..
5) sedih sbb lepas raya ader xm. biler la nak studi ni jang oi..
6) seronok sbb nak jumpe member2 time raya nanti. ader yang dah berapa tahun tak pernah jumpe. =))
7) sedih sbb khali hasan tak balik penang tahun ni.. dier balik jb.. ala.. sunyi la rumah nanti..
8) sedih bila tgk iklan petronas kat tv. as usual, air mata aku melimpah takde limit biler tgk iklan tu. sbb iklan tu mmg realiti. perkara2 camtu mmg byk terjadi. ader satu studies ni yg dijalankan oleh prof2 kat upm tak silap aku.. menunjukkan yg ramai anak2 menjaga ibu bapa yg tua dan sakit bukan atas dasar kasih-sayang, tp atas dasar tanggungjawab saja. hasilnya; mcm yg terjadi dalam iklan tu la..nanti la aku qoute studies tu. very intresting..skrg ni malas. =P
daripada 8 perkara yg aku senaraikan, 6 adalah menyedihkan dan 2 je yg menyeronokkan..kan aku dah kate raya tu takde la seronok sgt..?
anywaaayy...kepada si melawat sesapa yg sudi/telah/selalu melawat page aku yg tak seberapa nie..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI n MAAF ZAHIR DAN BATIN aku ucapkan. dan terima kasih kerana sudi singgah kat sini.. kepada yg nak drive time2 raya nanti..berhati2 dijalan raya..kpd yg ader diabetes dan hypertension..jaga2 makan time raya..kepada yg ader xm lepas raya..marilah kita studi bersama2..huahuahua...
p/s: sblm aku terlupa, alonso finishes 2nd dalam gp brazil smlm, thus he is now the 2006 F1 champion. nanti la aku tulis lagi pasal ni, kalau aku ader masa le.. rite now, entry tema raya, hehh..
Posted by
She
3 comments:
Selamat hari raya Sharifah.. maaf zahir batin. Tak taulak you ni org Tepeng..singgah2lah rumah akak kat Ipoh kalau sudi raya nanti. We all cuma balik raya ke Melaka pada raya kelima..abg keja!Huuuaaaa..
emmm lawa lah blog baru ni..raya masa kanak2 mmg best..bila dah besar ni yg bosan
slamat raya, err..er rayanyer lom lmbt kan, juz drop by here :)
ermm sy pun kena blk taiping raya,... siok gak raya tpg nie biasa la sndiri pun takde kg
Post a Comment